Reka Bentuk Visual

Elemen Asas Reka Letak Grafik 

Titik 

Titik merupakan penggerak utama sesuatu bentuk. Titik menandakan sesuatu kedudukan di dialam ruang . Dari segi konsepnya, titik tidak mempunyai ukuran panjang atau lebar, bersifat statik, tidak mempunyai arah, secara relatif bebas, dan menjadi pusat sesuatu unsur. Penggunaan titik secara kreatif boleh melahirkan pelbagai perasaan kepada audiens. Perubahan susun atur lokasi titik boleh mencetuskan perubahan perasaan dan imbangan. Percantuman dua titik yang mempunyai jarak tertentu melahirkan garisan.

Garisan

Garisan merupakan eleman yang paling ringkas, tetapi bermula dengan titik dan garisan terciptalah lakaran bagi mewujudkan imej yang boleh ditafsirkan oleh khalayak. Garapan dan kombinasi garis boleh mewujudkan pelbagai imej yang kreatif, abstrak, subjektif,dan representatif (seperti bentuk-bentuk objek, figura,haiwan, persekitaran, pergerakan, emosi dan lain-lain lagi). 

Garisan mempunyai ukuran panjang, tetapi tidak mempunyai sifat lebar dan tinggi. Pertemuan titik penghujung suatu garisan dengan titik permulaannya menghasilkan rupa. Secara umumnya, ada kombinasi garis membentuk imej dua dimensi dan tiga dimensi. Lakaran garisan di atas ruang sesuatu media ialah contoh garisan dua dimensi yang boleh mengambil rupa geometri, abstrak dan figura. 

1. Rupa geometri ialah rupa-rupa yang mempunyai sempadan yang tetap. 


  
Rupa Geometri 

Seni bina orang Islam banyak menggunakan kepelbagaian dan ulangan bentuk geometri ini, menjadi corak yang menarik. Hal ini dapat dilihat pada binaan masjid-masjid dan sini bina orang Ialam yang lain. 

2. Rupa organik ialah rupa-rupa bebas, tidak bersudut, dan tanpa sempadan yang tetap. Rupa itu boleh kelihatan abstrak dan pentafsirannya terserah kepada persepsi dan pengalaman estetika khalayak. 

Bentuk imej tiga dimendi (3D) pula mempunyai dimensi yang panjang, lebar, dan tinggi. Bagi menampakkan kesan tiga dimensi terhadap sesuatu objek 2D, biasanya dibubuh kesan bayang atau warna berlainan ton. Ini dapat memberikan kesan bentuk tiga dimensi tiruan. 

Olahan garisan juga boleh memberikan persepsi dan pengalaman estetika yang berbeza kepada khalayak. Oleh sebab sebagai guru kita mementingkan pembinaan alat bantu belajar dan mengajar yang berkesan kepada pelajar, maka kemahiran mengolah garisan-garisan dengan cekap merupakan satu kelebihan. Garisan dapat dijadikan motif mencorak, menghasilkan ton, menimbulkan, mencipta ruang dan menimbulkan jalinan (Chang Hon Woon, 1997).

Permukaan 

Jika kita mengulang beberapa garisan pada sesuatu kedudukan, sama ada menegak atau mendatar, kita merasakan ada unsur permukaan wujud. Sebagai contoh, lakaran dalam lukisan seni bina sebuah rumah, garisan diolah bagi menggambarkan permukaan di atas (bumbung rumah), permukaan menegak (dinding), dan permukaan di bawah (lantai dan permukaan bumi).

Bentuk

Bentuk mempunyai keluasan, ketinggian, jisim, dan lebih daripada satu permukaan. Persepsi manusia akan menukar gabungan atau susunan berbagai-bagai bahagian kecil sesuatu benda menjadi sesuatu yang menyeluruh dan boleh dikenali. Pengalaman latar memberikan tafsiran dan terjemahan terjemahan terhadap objek yang dilihat. 

Bentuk

Apabila sesuatu Bentuk ini diletakkan bersama bentuk yang berlainan saiz, akan mewujudkan pula perbandingan, kadaran, dan skala yang boleh dikira bagi sesuatu bentuk bentuk tersebut. 

Ruang 

Ruang secara umumnya boleh dikatakan sebagai kawasan kosong yang berada di sekeliling sesuatu objek. Ruang juga boleh dirujuk sebagai jarak antara dua objek atau ronggan yang terdapat dalam sesuatu benda. Sebagai contoh, ruang di dalam bilik, jarak antara huruf, dan rongga dalam sebuah kuboid.

Apabila sehelai kertas lukisan yang kosong dimuatkan dengan lakaran, terhasillah ruang di mana lakaran tersebut kelihatan wujud di dalamnya. Susunan objek dan ruang juga dapat menimbulkan perbezaan jarak dan kedudukan, di samping boleh mempengaruhi psikologi seseorang. Sebagai contoh, ruang yang sempit boleh memberikan kesan seperti terhimpit, dihimpit, dan sesak nafas.

Ruang dikatakan positif jika ruang itu digunakan dan negatif jika dibiarkan kosong. Ruang yang negatif boleh menjadi positif jika diisi dengan menggunakan olahan dan kombinasi garisan, tekstur, warna dan bentuk.

Terdapat dua jenis ruang, iaitu ruang nyata dan ruang tampak. Ruang nyata ialah ruang yang terdapat pada bentuk-bentuk konkrit, iaitu bentuk objek sebenar yang bersifat 3D, dapat dilihat, disentuh dan dirasa seperti arca, seni bina dan segala hasil ciptaan berbentuk 3D. Ruang tampak pula merupakan ruang ilusi yang timbul dan\lam seni tampak, catan, dan cetakan setelah unsur-unsur jalinan, warna, ton, dan garisan digunakan. 

Satu lagi perkara yang penting mengenai ruang ialah garisan grid perspektif. Kehadiran ruang dan ilusi 3D pada permukaan 2D dapt ditimbulkan dengan menggunakan garisan perspektif ini. Pandangan sesutau objek berubah dari segi saiz, ketinggian, dan kelebaran mengikut jarak tertentu. Bagi objek yang hampir sama dengan kita, saiznya besar dan semakin jauh, dan semakin kecil saiznya. Kedudukan garisan perspektif ini bergantung pada paras pandangan mata seseorang. Kesemua garisan perspektif ini bergantung pada paras pandangan mata seseorang. Kesemua garisan perspektif akan bertemu pada pusat yang disebut sebagai titik lenyap.

Garisan Perspektif


Warna 

Warna dibuktikan sebagai pembalikan cahaya daripada sesuatu objek atau permukaan. Dikatakan apabila kita melihat sekuntum bunga mawar berwarna merah, kita sebenrnya sedang mengalami satu deria kemerahan daripada pembalikan cahaya melalui permukaan bunga tersebut. Pengalaman latar kita yang disimpan dalam otak membolehkan otak kita memberikan makna kepada cahaya yang dikesan oleh deria mata tadi. Warna seperti itu ialah warna merah. Secara teorinya cahaya mempunyai spektrum warna seperti merah, jingga, kuning, hijau, biru dan ungu. Apabila cahaya menimpa permukaan bunga mawar tadi, warna jingga, kuning, hijau, biru dan ungu diresapi, tetapi membalikkan warna merah dan sebab itulah warna merah sahaja yang dilihat.

Warna boleh dibahagikan berdasarkan suhu warna kepada dua jenis. iaitu jenis panas (kuning, jingga, dan merah) dan jenis dingin (biru, ungu, dan hijau). Kuning, merah, biru, dan hijau disebut sebagai warna dasar (Zakaria Ali, 1989). Warna-warna yang digolongkan sebagai warna-warna panas adalah kerana warna ini dikaitkan dengan warna matahari dan api. Apabila digunakan secara dominan, boleh menimbulkan kesan kedekatan, kegarangan, kekuatan, dan keceriaan. Manakala warna sejuk dikatakan sama dengan warna langit, tumbuh-tumbuhan , laut dan air. Warna sejuk apabila digunakan secara kreatif boleh menimbulkan suasana kelembutan, kedamaian, kesayuan, kejauhan, dan nostalgik.

Memahami warna 

Sebagai seorang guru, pengetahuan asas mengenai warna penting bagi membantu untuk menonjolkan mesej yang hendak disampaikan kepada anak didiknya. Jika warna digunakan tanpa dirancang dengan teliti mungkin akan menyebabkan berlaku kecelaruan yang yang memungkinkan mesej yang hendak disampaikan tidak tercapai. Ini bermakna warna yang digunakan tidak cukup berkesan untuk menyampaikan mesej atau merangsang pemikiran kritis dan kreatif pelajar.

Warna-warna sepert merah, biru dan kuning disebut sebagai warna utama atau asas. Warna utama tidak boleh dihasilkan sebagai campuran warna-warna lain. Campuran dua warna boleh menghasilkan dua warna sekunder. Warna tersebut ialah warna hijau; hasil campuran warna kuning dan biru, warna ungu; hasil campuran warna merah dan biru, dan warna jingga; hasil campuran warna kuning dan merah.

warna-warni

Jika kita mencampurkan warna-warna skunder dengan warna-warna asas, maka terhasillah warna pertengahan. Warna ini dinamakan menurut warna asal dan warna sekunder tadi. Sebagai contoh, warna biru dicampurkan dengan warna ungu, maka dinamakan sebagai warna biru ungu. Dengan mencampurkan begini kita akan memperoleh enam warna pertengahan dalam roda warna, kesemuanya menjadi 12 warna. 

Jika anda mencampurkan dua warna sekunder, maka akan terhasillah warna lebih lembut dan menarik. Kumpulan warna yang terhasil ini dikelaskan sebagai warna tertier. Contohnya warna jingga dicampurkan dengan warna ungu akan menghasilkan warna merah kecoklatan. Warna ton muda boleh dihasilkan dengan mencairkan kepekatan warna tersebut dengan mencampurkan air (teknik warna air) atau warna putih (teknik warna-warna poster) atau dengan minyak turpentin (teknik cat kimia). Dengan mencampurkan warna putih, hitam, dan kelabu kita akan memperoleh pigmen neutral yang dinamakan seri warna (tint) (dicampur dengan warna putih), bayang (dicampur dengan warna hitam) dan ton (dicampur dengan warna kelabu).

Adunan warna lebih bervariasi boleh anda peroleh jika anda menggunakan warna-warna daripada program komputer anda. Warna harmoni ialah kumpulan warna yang bertentangan dalam roda warna (warna pelengkap) yang boleh digunakan untuk membentuk susunan warna yang menimbulkan rasa selesa dan tenteram. 

Apabila membuat persembahan grafik, pemilihan warna yang sesuai adalah penting. Banyak kajian yang telah dibuat mengenai pendapat orang ramai untuk mengenal pasti warna yang digemari oleh mereka. Dapatan daripada kajian itu mendapati kanak-kanak gemar warna yang terang dan vibran (seperti warna merah, kuning, jingga), sementara orang dewasa lebih gemar warna yang lembut dan ada variasi ton seperti bayangan kebiru-biruan. Pemilihan warna menjadi penting setelah kita memahami skema warna yang digemari oleh khalayak kita supaya karya kita menjadi menarik dan berkesan kepada mereka. 

Adunan warna

Fungsi Warna dalam Seni Grafik

Melahirkan kesan atau pengaruh tertentu

Banyak mitos mengenai warna cuba dibuktikan pada masa ini dengan kajian saintifik. Semuanya menjurus kepada kesan dan pengaruh warna kepada benda-benda hidup. Warna jingga, merah dan kuning dikatakan sebagai warna aroma panas kerana dikaitkan dengan cahaya matahari dan api. Warna-warna panas ini dikatakan mempunyai kesan aktif, membangkitkan perasaan, menceriakan suasana, kedekatan, kegarangan, kekuatan dan semangat. Jadi, tidak hairanlah jika warna-warna ini digunakan bagi karya yang bertemakan perayaan dan kemeriahan. Dalam seni bina, warna-warna panas ini apabila digunaka pada permukaan atas, menambahkan perasaan ketinggian dan digniti dalam permukaan yang rendah.

Manakala warna-warna sejuk atau dingin terdiri daripada warna-warna biru, ungu, dan hijau. Warna-warna ini dikatkan dengan alam seperti tumbuh-tumbuhan, laut, air, dan langit. Nyata warna-warna dingin memberikan kesan pasif dan melahirkan ketenangan, kelembutan, kedamaian dan kesayuan. Warna putih pula menjadi lambang kebersihan, keaslian, dan kesucian. 

Warna-warna tertentu juga mempunyai pengaruh psikologi dan kebudayaan. Bendera kebangsaan menggunakan warna yang dapat membakar semangat patriotik dalam kalangan penduduk negara tersebut. 

Mewujudkan perasaan harmoni

Warna dikatakan dapat memberikan berbagai-bagai penertian estetik dan psikologi. Warna menimbulkan suasana yang dikehendaki, misalnya warna-warna yang terang boleh mencetuskan rasa keriangan, kedamaian, selesa dan tenteram. 

No comments:

Post a Comment