Reka Letak Visual

Prinsip Reka Bentuk Visual  

Kita boleh mengamalkan enam prinsip asas reka letak sebagai panduan. Elemen yang dimaksudkan itu boleh dipermudah dengan akronim CASPER. Maksud akronim ialah:

C-Contrast (kontras)
A-Alignment (seimbang)
S-Simplicity (simplisiti)
P-Proximity
E-Emphasis
R-Repeatition 

Kontras 

Prinsip kontras menyatakan bahawa jika dua item tidak serupa, maka perbezaan itu hendaklah diperlihat dengan ketara seperti warna hitam dengan warna putih. Idea utama di sebalik kontras adalah untuk mengelakkan unsur di dalam sesuatu muka surat kelihatan hampir sama. Jadi, bolehlah dikatakan bahawa kontras merupakan salah satu daripada cara yang paling berkesan untuk menambahkan tarikan dan tumpuan terhadap sesuatu reka bentuk, apatah lagi jika khlayak kita ialah anak didik kita. 

Kontras ada kaitan dengan imej, warna dan tipografi. Kita boleh memanipulasikan prinsip kontras dengan imej, warna atau tipografi. Kreativiti dalam mengadun elemen kontaras ini menyebabkan reka letak kita akan lebih representif dan mesej yang hendak disampaikan menjadi lebih mudah kepada khalayak. 

Alignment 

Prinsip alignment menyatakan bahawa tiada sesuatu item yang perlu diletakkan di atas sesuatu muka surat secara sendiri . Setiap item sama ada teks, imej atau kedua-dua teks atau imej, harus mempunyai kaitan secara visual antara satu sama lain pada setiap paparan. 

Reka letak yang memuatkan teks dan grafik di mana-mana sahaja ada tempat kosong dalam sesuatu paparan tanpa memikirkan item lain menyebabkan alignment menjadi bercelaru . 

Simplicity 

Sesuatu bahan grafik perlu nampak mudah (simple). Prinsip seperti KISS, iaitu Keep It Simple dan Stupid patut menjadi panduan apabila merancang persembahan grafik. Maksud KISS ialah bahan grafik yang disediakan itu hendaklah kelihatan mudah difahami walaupun oleh pelajar kita yang lembap atau 'bodoh'. Kegemaran sesetengah guru memasukkan banyak grafik animasi dalam persembahan multimedia boleh menyebabkan tumpuan pelajar akan terganggu terhadap mesej utama yang hendak kita sampaikan.

Proximity 

Prinsip proximity menyatakan bahawa kumpulan item yang berkaitan bersama, gerakkan mereka secara fizikal supaya berdekatan antara satu sama lain supaya item yang berkaitan dilihat sebagai satu kumpulan yang tidak terpisah. Oleh yang demikian, mereka akan menjadi satu unit visual daripada beberapa unit yang terpisah. Dalam hal ini jarak antara teks, jarak antara grafik, dan jarak antara teks dengan grafik perlu diimbangkan. 

Emphasis

Reka grafik harus fokus kepada item utama sahaja. Item utama mestilah lebih dominan daripada item-item lain. Item tersebut menjadi pusat penumpuan, boleh dibaca atau boleh menarik minat. Khalayak tahu itulah item yang ingin kita tonjolkan., bukan item-item sampingan yang lain. 

 Pereka letak boleh melakukan ini dengan pelbagai. Antaranya ialah:

1. Saiz yang lebih besar, contohnya untuk fon, saiznya lebih dominan daripada     fon yang lain dan dapat dilihat jelas oleh pelajar di barisan belakang.
2. Warna dan bentuk yang kontras.
3. Pencahayaan yang sempurna seperti kita melihat pameran barang permata       di dalam balang kaca.

Repetition 

Prinsip repetition menyatakan bahawa harus tekalkan sesuatu aspek reka bentuk pada pada tempat tertentu. Unsur yang ditekalkan mungkin berupa fon yang dihitamkan, garis kasar, bullet yang serupa, warna, unsurreka bentuk, format tertentu, hubungan ruang dan sebagainya. Prinsip ini menjadi penting jika membuat reka letak bagi persembahan multimedia. Reka letak dan reka bentuk slaid-slaid perlulah konsisten sepanjang persembahan tersebut. Walau bagaimanapun, harus elakkan terlalu banyak repetition kerana boleh menyebabkan grafik tidak menarik dan tidak dapat menyampaikan mesej asal yang hendaka anda peragakan. 

No comments:

Post a Comment