Apakah Maksud Grafik?
Grafik ialah kombinasi gambar, lakaran, lukisan, huruf, angka, lambang, perkataan atau citra yang menjadi satu media pengajaran untuk memberikan dan menterjemahkan konsep atau idea daripada penghantar atau penerima maklumat dalam situasi tertentu (pengajaran dan pembelajaran).
Grafik juga dikatakan sebagai suatu bentuk komunikasi visual yang menggunakan teks atau gambar untuk menyampaikan informasi atau mesej. Seni reka bentuk grafik mencakupi kemampuan kognitif dan keterampilan menggunakan tipografi, pengolahan gambar dan halaman reka letak secara kreatif memungkinkan tercipta sebuah karya grafik yang efektif dan komunikatif. Grafik pada awalnya banyak digunakan dalam media-media cetak seperti buku, majalah dan brosur. Tetapi, sesuai dengan perkembangan zaman ini, penggunaan grafik telah diterapkan dalam media elektronik. Grafik jenis ini seringkali disebut sebagai 'grafik interaktif' (interactive graphics) atau 'grafik multimedia' (multimedia graphics).
Multimedia merujuk kepada perisian atau aplikasi yang berasaskan komputer dan menggabungkan sekurang-kurangnya dua atau lebih daripada dua media, iaitu teks, grafik, animasi, audio dan video. Multimedia yang berinteraktif ialah aplikasi multimedia yang membolehkan pengguna berinteraksi dengan aplikasi melalui peranti input seperti papan kunci atau tetikus. Banyak multimedia yang berinteraktif membolehkan pengguna melalui aplikasi pada kadar sendiri dan memberikan maklum balas pada setiap peringkat. Persembahan melalui aplikasi multimedia adalah lebih menarik dan berkesan. Namun, untuk membangunkan perisian grafik interaktif dan multimedia memerlukan pengetahuan pengaturcaraan. Selain itu, kecekapan menggunakan perisian, perkakasan, dan aksesori multimedia sangat diperlukan.
Apakah Fungsi Grafik dalam Pembelajaran?
Penggunaan grafik secar berfikrah, terancang, dan bersesuaian dengan keperluan dalam pembelajaran berupaya untuk menjadikan bahan pengajaran lebih mudah, jelas dibaca, dan difahami. Kajian telah menunjukkan pentafsiran mesej tidak terlalu sukar dan tidak membosankan peserta jika dibandingkan dengan teks yang sekata dalam bahan bacaan atau bahan bantu mengajar. Objek grafik pula mudah difahami oleh orang ramai walaupun menghadapi halangan bahasa komunikasi yang berbeza. Sebagai contoh, perlambangan dlam tulisan Cina boleh difahami oleh hampir seluruh penduduk negara China yang terdiri daripada pelbagai dialek yang bunyi sebutannya jauh berbeza daripada bagi lambang yang sama. Selain itu, telah terbukti penggunaan bahan grafik yang berkesan berupaya untuk mendorong interaksi yang aktif dalam bilik darjah danmewujudkan suasana pembelajaran yang menyeronokkan dan mencabar. Bahan pengajaran menjadi pusat penumpuan dan menguasai perhatian pesrta secara perbandingan. Pengajaran dan pembeljaran menjadi lebih berkesan jika pelajar melibatkan diri dalam projek penghasilan bahan pengajaran berasaskan grafik.
No comments:
Post a Comment